top of page
Screenshot 2024-03-24 101822.png

Faktor yang mempengaruhi kepelbagaian sosiobudaya di sekolah

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sosiobudaya bermaksud hubungan masyarakat dengan budaya seperti cara hidup, adat istiadat dan lain-lain. Selain itu, sosiobudaya juga didefinisikann sebagai amalan gaya hidupdanperadaban bagi sesuatu masyarakat yang lahir dari pegangan dan kecenderungan diri masyarakat berkenaan untuk pembangunan sosial kehidupan masyarakat berkenaan (Rosfazila Abd Rahman, 2019). Justeru, memang tidak dapat dinafikan bahawa sosiobudaya meliputi aspek amalan yang mempengaruhi gaya hidup masyarakat.

image9.png

Faktor Bahasa dan Etnik

         Menurut Noraini, Mohd Aderi, & Mohd Isa (2017), konsep kepelbagaian budaya terhasil daripada kepelbagaian bahasa, kaum, etnik, latar belakang dan amalan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana manusia secara fitrahnya dijadikan dalam bentuk, kelompok dan budaya yang berbeza serta semua harus menerima dan menghormati kepelbagaian dan perbezaan itu sebagai satu lumrah dan hukum alam yang akan terus berlaku. Menurut Noor Aziera et al., (2017); Hafzan & Zolkepeli (2017), pengadaptasian kepada kehidupan multietnik perlu diberikan perhatian agar keharmonian dan perpaduan dapat dikecapi dan dikekalkan.

     Di sekolah, murid terdiri daripada pelbagai kaum dan mempunyai dialek pertuturan tersendiri (Ngien & Ching, 2016). Rentetan itu, ibu bapa bebas memilih jenis sekolah untuk menghantar anak-anak mereka dalam mendapatkan pendidikan  Jenis sekolah di Malaysia:

- Sekolah Kebangsaan (bahasa pengantar Bahasa Melayu)

- Sekolah SJK(C) (bahasa pengantar Bahasa Mandarin)

- Sekolah SJK(T) (bahasa pengantar Bahasa Tamil)

Keadaan ini mendedahkan murid untuk memahami, malahan bertutur menggunakan lebih daripada satu jenis bahasa. Hal ini mewujudkan kepelbagaian bahasa di peringkat sekolah, hasil daripada percampuran pergaulan etnik dalam institusi pendidikan. Contohnya, pelajar Cina di Malaysia sekurang-kurangnya akan menguasai tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin. Terdapat juga pelajar Melayu yang fasih menutur Bahasa Mandarin kerana belajar di sekolah SJKC sejak kecil lagi.

Faktor Agama

      Kepelbagaian agama merupakan ciri masyarakat masa kini dan boleh dikatakan tidak ada negara yang bersifat homogenous lantaran sikap manusia yang suka bermigrasi sehingga membentuk sebuah negara bangsa yang berbeza latar sosial (Suraya et al., 2019). Begitu juga dengan Malaysia, yang mana agama Islam merupakan agama rasmi, tetapi setiap individu bebas beragama. Kepelbagaian agama yang dianuti oleh masyarakat di Malaysia telah mewujudkan kepelbagaian budaya (Nur Farhana et al., 2019). Hal ini dikatakan demikian kerana, perbezaan budaya dan agama dalam kalangan pelajar di sekolah memaparkan variasi dalam bahasa, nilai, norma, tradisi, kepercayaan dan aspirasi yang dimiliki dan

dibawa oleh pelajar ke dalam persekitaran sekolah. Suresh (2017) menjelaskan bahawa meskipun pelajar terdiri daripada pelbagai latar belakang sosiobudaya, namun pelajar bebas bergaul walaupun wujud perbezaan nilai dan kepercayaan agama. Contohnya, pelajar-pelajar non-muslim akan menghormati rakan-rakan Muslim dengan mengelakkan diri daripada makan dan minum di hadapan mereka semasa bulan Ramadan.

image23 (1).png

Faktor Gender

     Gender berkait rapat dengan pembahagian peranan dan kedudukan di antara golongan lelaki dengan perempuan dalam sesebuah masyarakat yang terhasil daripada proses sosialisasi dan budaya (Suhadan & Salmah Jan, 2016). Jelaslah bahawa perbezaan antara lelaki dan perempuan kebanyakannya adalah disebabkan oleh proses sosialisasi dalam sesuatu budaya. Perkara ini juga mewujudkan ketaksamaan antara lelaki dan perempuan dalam masyarakat, yang mana perbezaan asas antara gender termaktub dalam struktur kelas, gender dan stratifikasi, peranan dalam institusi keluarga, keutamaan pendidikan, pekerjaan, dan banyak lagi (Suhadan & Salmah Jan, 2016). Dari aspek psikologi pula yang melihat kepada tingkah laku manusia, menjelaskan bahawa pelajar perempuan dilihat lebih tekun dalam pembelajaran kalau berbanding dengan pelajar lelaki. Tamsilnya, terdapat segelintir guru akan mempunyai stereotaip bahawa pelajar perempuan lebih mengikut disiplin berbanding pelajar lelaki, dan pelajar perempuan lebih pandai berbanding pelajar  lelaki.

Berita Harian: 'Seimbangkan prestasi pelajar lelaki, perempuan'

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Inner Pieces

123-456-7890

info@mysite.com

© 2035 by Inner Pieces.

Powered and secured by Wix

Contact

Ask me anything

Thanks for submitting!

bottom of page