top of page
Screenshot 2024-03-23 180455.png

Kesan-kesan Stratifikasi Sosial Terhadap Pendidikan

Pengkelasan Sekolah

Stratifikasi sosial menghasilkan pengkelasan sekolah yang membahagikan kelompak pelajar berdasarkan matlamat dan tujuan penubuhan yang berbeza.

01

Sekolah Pendidikan Khas

Memberikan peluang pendidikan kepada pelajar yang menghadapi menghadapi cabaran pembelajaran atau kecacatan fizikal, kognitif, sosial, emosi.

03

Kolej Vokasional

Sekolah khas untuk pembelajaran pengetahuan asas vokasional dan kemahiran yang memenuhi keperluan pekerjaan sebagai tenaga kerja mahir atau separuh mahir dalam industri. 

02

Sekolah Wawasan

Sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama tanpa mengira kaum dan agama.

04

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)

Ditubuhkan untuk memberikan peluang pendidikan kepada pelajar bumiputera yang berbakat dengan pendidikan sains dan teknologi di peringkat menengah dan pra universiti.

Ketidaksamaan
Layanan Pihak Sekolah
Terhadap Pelajar

      Sebelum tahun 2019, sekolah di Malaysia mengamalkan sistem pengasingan kelas untuk memudahkan guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Pelajar akan dibahagikan kepada kelas berdasarkan pencapaian akademik mereka dan ini sudah mewujudkan kelas hadapan atau belakang. Keadaan ini sudah mencetuskan isu ketidaksamaan layanan pihak sekolah terhadap pelajar.

Kelas Hadapan

     Guru akan menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan sesuai dengan kebolehan pelajar. Pihak sekolah akan menyediakan ruang pembelajaran dan suasana kelas yang kondusif kepada kelas hadapan untuk memastikan pelajar kelas hadapan menerima pembelajaran yang bermutu. Contohnya, pihak sekolah akan menyediakan 'smart board' dan guru cemerlang untuk mengajar pelajar kelas hadapan.
 

Screenshot 2024-03-23 180603.png

Kelas Belakang

        Pelajar kelas belakang mungkin diabaikan oleh guru dan pihak sekolah dengan tidak memberikan motivasi pembelajaran. 

qrcode_105680696_c89068381a5edf4fca29afd6c948d571 (1) (1).png
Screenshot 2024-03-23 203822.png

Berita Harian: 'Diskriminasi pendidikan sekat pengembangan potensi pelajar'.

       Kesimpulannya, lama-kelamaan, jurang antara pencapaian akademik pelajar  akan semakin jauh dengan layanan yang berbeza.

Perbezaan Infrastruktur

Sekolah merupakan satu tempat di mana proses pengajaran dan pembelajaran (PP) dijalankan. Rentetan itu, infrastruktur yang baik dan bermutu penting kepada pelajar dan guru sebab:

Sekolah yang dilengkapi dengan:                                                         Sekolah yang dilengkapi dengan:
perpustakaan                                                                                            dewan sukan
makmal komputer                                                                                    padang
makmal sains                                                                                            alatan sukan
bilik darjah                                                                                                  gelanggang

membantu murid untuk menimba ilmu.                             membangunkan kesihatan                                                                                               jasmani don mental murid.

Hakikatnya,
stratifikasi sosial wujud dari dua aspek:

 

01

• Sekolah elit
• Sekolah bandar

1) Sekolah biasa dilengkapi dengan kemudahan ICT yang dapat menggalakan kecekapan dan kreativiti guru dalam PdP.
2) Saiz bilik darjah yang kondusif dengan kesusuaian bilangan dan perkembangan murid.

Screenshot 2024-03-23 203939.png

02

• Sekolah daif
• Sekolah luar bandar

1) Kekurangan sumber dan kemudahan asas seperti peranti digital.
2) Saiz bilik darjah yang kecil yang tidak mampu memenuhi bilangan pelajar yang banyak.

 

      Infrastruktur dan persekitaran yang kondusif dapat menyediakan persekitaran pembelajaran yang berkualiti agar pelajar berasa selamat dan terjamin untuk memberikan tumpuan dalam pembelajaran mereka. Rentetan itu, pencapaian akademik murid juga akan meningkat.

Latar Belakang Keluarga

01.

Sosioekonomi Keluarga

 Di Malaysia, terhadap stratifikasi sosial yang berdasarkan sosioekonomi iaitu golongan B40, M40, dan T20. Keadaan ini dapat dilihat dengan jelas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), proses pengajaran dan pembelajaran terpaksa beralih ke pembelajaran atas talian yang memerlukan rangkaian internet dan peranti digital. Tamsilnyanya, pelajar dari T20 dan M40 kurang menghadapi masalah kerana memiliki peranti digital yang memudahkan pembelajaran atas talian untuk akses pendidikan dan menghadiri kelas bimbingan dengan bayaran. Kesannya, peluang mendapatkan pendidikan lebih luas berbanding mereka yang berada dalam lingkungan taraf sosioekonomi yang rendah.

     Untuk pelajar keluarga golongan B40 pula, 
Kebanyakkan golongan keluarga B40 tidak berkemampuan 

untuk membekalkan peranti digital tambahan untuk  anak-anak belajar atas talian. Kesannya, anak-anak terpaksa berkongsi atau bergilir-gilir untuk menggunakan peranti digital untuk belajar. Keadaan ini telah menyebabkan kecekapan pembelajaran menurun.
Contohnya, pelajar golongan B40 mungkin menghadapi masalah kurang kelengkapan untuk belajar, kurang mendapat perhatian ibu bapa atas sebab kesibukan mencari rezeki dan kurang bersemangat atas sebab bekerja untuk meringankan beban keluarga.

 

02.

Taraf Pendidikan Ibu Bapa

 Tahap pendidikan ibu bapa mempunyai pengaruh yang kuat ke atas penglibatan ibu bapa terhadap pembelajaran anak. Hal ini dikatakan  demikian kerana, kedudukan sosial ibu bapa dalam sistem pendidikan ditentukan oleh pola pendidikan yang  dikecapi oleh mereka. Justeru, corak pemikiran ibu bapa yang berpendidikan tinggi lebih rapat kepada corak pemikiran pihak sekolah berbanding ibu bapa yang kurang berpendidikan.
(Raty,2006).

       Kajian Reay (2004) mendapati kebanyakan ibu kelas menengah mempunyai latar belakang pendidikan yang baik dan mengalirkan kejayaan pendidikan mereka kepada anak dalam bentuk keyakinan diri dan penglibatan yang tinggi dalam pendidikan anak. Mereka mendapatkan maklum balas daripada pihak sekolah melalui sesi dialog ketika wujud ketegangan antara rumah sekolah dan berkeupayaan menolak cadangan yang tidak· rasional. Tahap pendidikan yang tinggi dalam kalangan ibu bapa kelas menengah membolehkan anak-anak daripada kelas ini mempunyai lebih banyak peluang untuk membentuk motivasi ke arah aspirasi pendidikan dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pendidikan yang mungkin berguna sewaktu transisi ke sekolah (Tudge, et. al., 2006)

      Kajian Ramsay, et al. (1992) juga mendapati ibu bapa daripada kelas pekerja tidak melibatkan diri dalam aktiviti sekolah akibat dibelenggu oleh disebabkan masalah penjagaan anak, perasaan rendah diri dan perasaan penglibatan mereka tidak dihargai oleh pihak sekolah. 

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Inner Pieces

123-456-7890

info@mysite.com

© 2035 by Inner Pieces.

Powered and secured by Wix

Contact

Ask me anything

Thanks for submitting!

bottom of page